hari pertamaku sebagai JPP
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pulau Pinang sesi 2013/2014 dengan motonya pada kali ini "Kepimpinan Holistik Pencetus Transformasi"
Dalam kamus hidup aku di IPG ini aku sememangnya tidak terlintas sedikit pun untuk bertanding dalam JPP ini. namun atas dorongan daripada sahabat, aku merelakan diri untuk menandatangani borang pencalonan bagi kerusi ahli majlis mesyuarat sebagai pengerusi biro kerohanian, moral dan disiplin dengan harapan ada yang akan mencabar dalam pilihanraya kampus kali ini. borang pencalonan yang hanya aku tandangan sahaja tetapi diisi oleh orang lain.
alangkah terkejutnya bahawa dalam senarai pencalonan yang telah dikeluarkan, aku menang tanpa bertanding bagi jawatan ini. perasaan pada masa itu sedikit pun tidak gembira. perasaan bercampur baur kecewa, sedih, gelisah mendebarkan dan monolog dalaman yang selalu bermain di dalam diri ini bertanyakan mampukah aku..
subhanallah..rela atau paksa..aku perlu memegang amanah ini..aku perlu membuat sesuatu yang berkaitan dengan kerohanian di ipg ini..dan aku juga perlu bersikap terbuka untuk semua agama..aku pegang bukan kerohanian tapi moral begitu juga disiplin..subhanallah, nampak berat tapi sememangnya tidak tergapai semuanya..
Apa PERLU AKU BUAT..AKU BUKANNYA SEORANG YANG KREATIF apatah lagi untuk mengubah menjadi inovasi..
namun satu aku perlu ingat dan anda perlu ingat..banyak yang aku belajar sepanjang memegang jawatan ini..
sememangnya dalam menjadi pemimpin ini, banyak perkara perlu ditempuhi..banyak..dan meme banyoklah.. satu je jgn sesekali tinggalkan solat..
YA ALLAH BANTULAH AKU DALAM PERJUANGAN INI..SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEKUATAN DALAM DIRI INI MELAINKAN KAU MEMBERIKAN SESUATU MOTIVASI YANG BERGUNA SERTA ILHAM IDEA YANG MENARIK SERTA MEMANDU SETIAP LANGKAH TINDAKANKU INI YA ALLAH..AMIN YA RABB..
satu je aku terlihat kata-kata qoutes dalam fb spupu aku, beliau tulis JANGAN KAU BERCAKAP MENGENAI PERJUANGAN JIKA KAU TIDAK SANGGUP MENGHADAPI CABARAN.. ayat ini sememangnya memberi seribu satu kekuatan dalam membangunkan semangat yang sentiasa lemah ini..
^^
sebenarnya....ni bknlah diari sgt..xde keje aku nak pi wt diari tiap2 hri.... ni permulaan aku jd jpp jer...part last2 nntilah tggu episod sterusnya..tu pun kalu rajin... ap pun sahabat...dalam wt keputusan...pastikan agama mmg kita wajib ltak first kt depan..brulah disusuli tndakan kita....barulah stiap tindakan itu..in sya ALLAH dlm pemantauan dan keberkatan ALLAH taala...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan